Posted by : mzmj@stapang
Wednesday, 23 December 2015
JAMUAN PERPISAHAN MURID TAHUN 6 2015
Tarikh: 11 November
Masa: 7.30 Malam
Tempat: Dewan Serbaguna SKENAS
Seperti tahun-tahun yang sudah, jamuan perpisahan ini
diadakan bagi meraikan murid-murid tahun 6 seramai 10 orang yang akan
menamatkan persekolahan pada tahun ini.
Majlis ini telah dikelolakan oleh Cikgu Syamirul dan dibantu
oleh rakan-rakan beliau. Aktiviti dimulakan dengan memasak kuih dan memanggang
ayam pada waktu petang. Sebelah malam pula diadakan persembahan istimewa oleh
murid-murid tahun 6.
Kehadiran Guru Besar , Penolong Kanan dan staf sekolah telah
memeriahkan lagi majlis ini. Majlis berakhir pada pukul 11 malam. Kami mendoakan agar anda terus berjaya pada masa akan datang.