Archive for 2015
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH 2015
TARIKH: 17 NOVEMBER 2015
MASA : 7.30 MALAM
TEMPAT: DEWAN SERBAGUNA SEKENAS
Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil ini dianjurkan pada
setiap hujung tahun bagi memberi penghargaan kepada semua murid, guru dan staf sekolah
yang telah menunjukkan komitmen dan prestasi yang terbaik bagi tahun 2015.
Penganjuran majlis ini adalah di bawah kelolaan Penolong
Kanan Pentadbiran iaitu En Busut Ak Sambang. Hadiah berbentuk pingat dan sijil
telah diberikan kepada semua yang berjaya. Bagi memeriahkan lagi majlis,
persembahan istimewa dilakukan oleh guru
lelaki SEKENAS dan murid-murid.
Penyampaian bantuan persekolahan seperti EKASIH dan KWAMP
turut diadakan. Guru Besar turut menyampaiakan sumbangan kepada murid-murid
yang mendapat keputusan yang memberangsangkan dalam UPSR tahun ini.
JAMUAN PERPISAHAN MURID TAHUN 6 2015
Tarikh: 11 November
Masa: 7.30 Malam
Tempat: Dewan Serbaguna SKENAS
Seperti tahun-tahun yang sudah, jamuan perpisahan ini
diadakan bagi meraikan murid-murid tahun 6 seramai 10 orang yang akan
menamatkan persekolahan pada tahun ini.
Majlis ini telah dikelolakan oleh Cikgu Syamirul dan dibantu
oleh rakan-rakan beliau. Aktiviti dimulakan dengan memasak kuih dan memanggang
ayam pada waktu petang. Sebelah malam pula diadakan persembahan istimewa oleh
murid-murid tahun 6.
Kehadiran Guru Besar , Penolong Kanan dan staf sekolah telah
memeriahkan lagi majlis ini. Majlis berakhir pada pukul 11 malam. Kami mendoakan agar anda terus berjaya pada masa akan datang.
KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN SEKENAS 2015
ACARA PADANG
TARIKH : 13 NOVEMBER
2015
TEMPAT : PADANG SEKENAS
MASA: 3.00 PETANG
ACARA BALAPAN
TARIKH : 16 NOVEMBER
2015
TEMPAT : BALAPAN SEKENAS
MASA: 7.30 PAGI
Acara tahunan ini telah dianjurkan pada bulan November yang lalu. Acara ini
terbahagi kepada dua iaitu Padang dan Balapan. Acara padang dilakukan lebih
awal iaitu pada 13 November manakala acara balapan pula diadakan pada 16
November. Sebanyak tiga buah rumah mengambil bahagian iaitu Rumah Helang
(Merah) , Kenyalang(Biru) dan Kenari(Hijau).
Perasmian disempurnakan oleh Tuan Guru Besar En Boniface Bin
Tikok. Acara sampingan seperti Sukan Pra Sekolah dan Sukan PIBG turut
dianjurkan. Sekalung tahniah diucapkan kepada penganjur dan pemenang dalam kejohanan
ini. Majulah sukan untuk SEKENAS.
Pada 14 September hingga 16 September yang lalu, Sk Ng Stapang telah menganjurkan aktiviti Perkhemahan Unit Beruniform bagi tahun 2015. Aktiviti ini adalah yang ketiga seumpamanya diadakan di sekolah ini. Penganjuran pada kali ini telah diketuai oleh En Mohd Syafiq Bin Jack dan dibantu oleh semua guru serta staf SEKENAS. Berlangsung selama 3 hari 2 malam, pelbagai aktiviti menarik telah dilakukan bagi mencapai objektif perkhemahan pada kali ini. Berikut adalah gambar-gambar sepanjang aktiviti perkhemahan. Untuk koleksi gambar yang lain sila kunjungi facebook kami di alamat https://www.facebook.com/Sk-Ng-Stapang-864609793599466/
.
.
Pendaftaran dan Upacara Miring
Pemasangan Khemah
Warga Sekenas |
Inilah kami, guru sebagai tulang belakang! |
Mendirikan khemah |
2 dalam satu: Malam kebudayaan dan Sambutan Hari Malaysia |
Persembahan murid-murid |
Istiadat Penurunan Bendera |
Hooreyyy...habis sudah....see u next time.... |
KEM MOTIVASI PERINGKAT SEKOLAH 2015
Dengan tema Usaha Gigih Pasti Boleh, Sk Ng Stapang telah menganjurkan sebuah kem motivasi pada 11 Ogos hingga 21 Ogos 2015. Penganjuran kem ini diketuai oleh En Busut Ak Sambang sebagai Pengerusi. Perasmian dan penutupan kem telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Guru Besar En Boniface Bin Tikok.
Diharapkan calon UPSR 2015 seramai 10 orang telah mendapat input-input dan semangat baru bagi menempuhi UPSR yang bakal menjelma. Tahniah kepada semua AJK yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Go..Go..Go..SEKENAS Boleh !
6 April 2015, SK Ng Stapang telah mengadakan satu latihan kawat kecemasan (Fire Drill). Tujuan Fire Drill ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid SEKENAS tentang langkah-langkah awal yang perlu dilakukan apabila berlaku sesuatu kecemasan. Selain itu, murid didedahkan tentang laluan-laluan yang perlu semasa situasi kecemasan berlaku.
Projek ini sebenarnya telah dimulakan sejak tahun lepas. Semua guru dan staf sekolah telah bergabung tenaga mengangkat tong air yang lama untuk dijadikan tadahan air di atas bukit. Hal ini sebagai persediaan bagi menghadapi musim kemarau di sekolah.
Air dari tong-tong tersebut akan diisi menggunakan pam dan disalurkan ke rumah-rumah dan asrama murid apabila tibanya musim kemarau. Terima kasih di atas kerjasama semua warga SEKENAS...
Pada 24 Julai 2015, satu Majlis Sambutan Hari Jadi Pra Sekolah telah
diadakan. Majlis ini bertujuan untuk meraikan kanak-kanak
agar mereka berasa dihargai dan diingati apabila tiba hari lahir mereka.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Penolong
Kanan, En Busut Ak Sambang dan Penolong Kanan HEM, En Manying Ak Gajah.
Tahniah diucapkan kepada Guru Pra Sekolah Pn Faisajuliza
yang dibantu oleh Pn Angelina di atas kejayaan penganjuran majlis ini.
Copy dari laman
sesawang seorg guru...mgkn kita blh sama2 renungkan dan fikir2kan..
Bentuk Soalan
Bahasa Malaysia UPSR 2016
Alhamdulillah,
petang tadi menghadiri mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Sekolah Rendah Daerah
Hulu Selangor 2015.
Perkongsian yang amat bermakna daripada seorang Guru Sumber Bahasa
Melayu, yang juga telah dipanggil untuk menjadi pemeriksa kertas Ujian
Rintis UPSR 2016. Beliau turut berkongsi dapatan yang diperolehi.
Katanya, Ujian Rintis Penulisan UPSR 2016telah dijalankan baru-baru
ini. Bentuk atau gambaran soalan Bahasa Malaysia UPSR 2016yang dimaklumkan
bahawa kertas ini mempunyai:
1. 4 bahagian yang wajib dijawab oleh calon.
2. Tiada soalan pilihan
3. Setiap soalan mempunyai pecahannya.
4. Soalan pula berbentuk struktur dan penulisan yang disertai dengan
bahan grafik.
Soalan yang diajukan menjurus ke arahpenyoalan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT). Soalan yang seperti digambarkan adalah:
Bahagian A
Diberikan bahan (grafik) lampu isyarat.
1a. Senaraikan susunan warna lampu isyarat dengan betul.
b. Sekiranya seseorang penunggang motosikal meneruskan perjalanan ketika
lampu merah apa yang akan berlaku?
Bahagian B
Bentuk Situasi
1a. Seseorang lelaki tiba-tiba sahaja meluru masuk ke dalam rumah.
Apakah yang sepatutnya dilakukan oleh beliau sebelum masuk ke dalam rumah?
(10markah)
*soalan ini dikatakan menjurus ke arah nilai murni.
Bahagian C
Diberikan bahan grafik (Pencemaran Sungai)
1. Tuliskan sebuah karangan bagaimana hendak memelihara dan memulihara
sungai daripada tercemar.
Bahagian D
Diberikan bahan grafik iklan jualan barang elektri (tulisannya pelbagai
bahasa).
*Pemilihan barang yang sesuai untuk satu-satu ruang
Sekiranya format Bahasa Melayu UPSR sebelum-sebelum ini statik yang mana
mempunyai Bahagian A (Bina Ayat), Bahagian B (Karangan) dan Bahagian C (Membina
Ulasan-Nilai Murni), namun mulai UPSR 2016, format atau bentuk soalannya tidak
sama setiap tahun.
Perkongsian ini sekadar pencerahan dan memberikan gambaran bentuk soalan
Bahasa Malaysia UPSR 2016. Oleh itu, tidak bermakna format ini sudah
ditetapkan, sebaliknya Lembaga Peperiksaan Malaysia masih tidak memuktamatkan
bentuk dan masih dalam proses pembikinan. Dikatakan juga, Lembaga Peperiksaan
Malaysia akan mengeluarkan buku contoh-contoh bentuk soalan KSSR yang menjurus
ke arah UPSR 2016, pada tahun ini. Kita nantikan sahaja apa-apa perkembangan
selanjutnya.