Posted by : mzmj@stapang Saturday, 14 February 2015

SEJARAH RINGKAS SEKOLAH

NAMA SEKOLAH:
                  Sekolah ini diberi  nama SK Nanga Stapang adalah kerana kebetulan tidak jauh dari lokasi sekolah itu terdapat sebatang sungai yang dinamakan Sungai Stapang.

AWAL PEMBUKAAN SEKOLAH (1963 – 1984)
          Hasrat pembinaan sekolah ini dibuat pada tahun 1963. Pembinaanya telah dimulakan oleh masyarakat setempat yang dipimpin oleh penghulu Gerinang dan diteruskan oleh anaknya Penghulu Kumbong anak Penghulu Gerinang. Sokongan padu dan keinginan penduduk setempat telah menjayakan pembinaan sekolah ini. Tapak pembinaan sekolah ini adalah sumbangan ikhlas Penghulu Gerinang seluas 3 acre. Pembinaan dan bahan-bahan yang digunakan adalah secara gotong-royong dan sumbangan masyarakat setempat. Namun begitu, sumbangan daripada pihak kerajaan tetap ada.

Dewan Sekolah

Gelanggang Bola Jaring


                              

             Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 1965. Guru Besar pada masa itu ialah Encik Ramba yang berkhidmat dari tahun 1965 hingga 1967. Pada awal pembukaan sekolah ini banyak kesulitan yang dihadapi oleh pihak sekolah. Dari awal pembukaan sehingga tahun 1968 para pelajar masih membawa beras sendiri, membawa kayu api untuk memasak. Namun pelajar-pelajar pada masa itu tetap gigih untuk ke sekolah.

              Tahun 1984 cadangan memohon bangunan baru sekolah ini telah diuruskan oleh Encik James Anin, Pegawai Pembangunan di Pejabat Pendidikan Kapit. Bermula tahun 1985 hingga 1986, sekolah ini mula dibina. Bangunan yang baru ini siap dan digunakan sepenuhnya pada tahun1987.

          Pembinaan bagunan baru ini dibiayai oleh Bank Dunia. Dari semasa ke semasa hingga  sekarang banyak perubahan telah berlaku. Banyak kemudahan telah diberikan oleh kerajaan untuk keselesaan guru dan para pelajar.

SENARAI GURU BESAR YANG BERKHIDMAT DARI TAHUN 1965 HINGGA SEKARANG
BIL.
NAMA GURU BESAR
TAHUN BERKHIDMAT
1.
Encik Ramba
1965 – 1967
2.
Encik Augustine Bagat
1967 – 1969
3.
Encik Jarau Ingan
1969 – 1971
4.
Encik William Tandang
1971 – 1973
5.
Encik Nguang Sii Khing
1973 – 1981
6.
Encik John Lang
1982 – 1987
7.
Encik Edward Subang
1987 – 1994
8.
Encik Kasol Engkabi
1994 – 1998
9.
Encik Haziq Azizi
1998 – 2002
10.
Encik Ahba bin Ahmad
2003
11.
Encik Boniface bin Tikok
2004 hingga sekarang

LOKASI SEKOLAH
       Sekolah Rendah Kerajaan Nanga Stapang, Kapit terletak kira-kira dua jam perjalanan menggunakan bot express dari Bandar Kapit. Selepas itu perjalanan disambung menggunakan perahu panjang yang memakan masa selama satu jam dari Nanga Gaat ke sekolah. Sekolah ini merupakan sekolah yang terpencil di kawasan pendalaman dan penduduk adalah kaum Iban.

LATAR BELAKANG IBU BAPA, KOMUNITI DAN KEADAAN      PERSEKITARAN LUAR SEKOLAH

Dari segi komuniti, majority masyarakat di sini adalah berbangsa Iban dan tinggal di rumah panjang.. Terdapat 6 buah rumah panjang kesemuanya. Peredaran masa menyebabkan berlakunya perkahwinan campur dengan bangsa-bangsa lain seperti Kayan, Kenyah, Melayu, Melanau dan Cina dan ini telah menyebabkan lahirnya masyarakat majmuk yang mengamalkan pelbagai agama dan kepercayaan.
Kebanyakkan daripada ibu bapa di sini bekerja sebagai petani manakala bagi mereka yang lebih berpelajaran dan mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu berhijirah ke bandar untuk mencari pekerjaan dan ramai pula di kalangan ibu bapa adalah pekerja di kem pembalakan.

Rumah Panjang sekitar SK NG Stapang:
RUMAH SAID
RUMAH SUGIT
RUMAH JEGAI
RUMAH KUPA
RUMAH  MELINTANG
RUMAH BAWING


RUMAH PANJANG YANG MENGHANTAR MURID KE SK NANGA STAPANG
Ibu bapa pelajar juga telah menjadi ahli Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) di sekolah ini. Mereka telah mengetahui peranan mereka kepada sekolah dan telah memberi banyak sumbangan melalui pembinaan pondok-pondok rehat pelajar yang diagih mengikut mata pelajaran teras. Di samping itu mereka juga menyediakan bahan/kayu untuk pembinaan pagar hiasan dan kerja gotong royong membersihkan kawasan sekolah.

              Persekitaran sekolah pula dari segi geografi adalah terpencil dan terletak jauh di pendalaman. Ia hanya dapat dihubungi melalui jalan air dan menggunakan perahu bermotor.
Dari segi kemudahan pula, hanya terdapat sebuah klinik yang terletak di Nanga Gaat yang disediakan oleh pihak kerajaan yang mengambil masa lima puluh minit perjalanan dari sekolah menggunakan perahu bermotor.
                       Pada keseluruhan keadaan persekitaran sekolah adalah tenang dan tiada gangguan yang kritikal mengancam keselamatan sekolah. Ibu bapa pelajar sendiri merupakan pekerja kontrak (swasta) yang mengawal keselamatan dan menjalankan pembersihan kawasan sekolah.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Welcome to SEKENAS Blog
Selamat datang ke Portal Rasmi Sk Ng Stapang.... Kepada guru@staf yang ingin memasukkan bahan/artikel sila serahkan softcopy gambar beserta laporan ringkas kepada En Zaid....Tq :)

Guru dan Staf

KPM

EDUWEBTV

JPN SARAWAK

BTPN SARAWAK

Total Pageviews

Followers

Penafian

Pihak SK Ng Stapang adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Powered by Blogger.

- Copyright © 2015 PORTAL RASMI SK NANGA STAPANG -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -