Posted by : mzmj@stapang
Saturday, 14 February 2015
KAMI WARGA SK NANGA STAPANG, KAPIT DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM
BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MEMUPUK SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK:
1.Memberi dan menyediakan pendidikan
yang terbaik berasaskan budaya dan bagi memenuhi kehendak individu masyarakat.
2. Memberi peluang yang sama kepada
murid tanpa mengira latar belakang, agama dan keturunan untuk mendapat
pendidikan yang sebaiknya.
3.Mewujudkan sistem pengurusan yang
cekap, berkesan, serta berteraskan pembaharuan dan perubahan yang berterusan.
4.Mengurus kerja dengan cekap, pantas
dan bijaksana.
5.Menyediakan staf yang berdedikasi,
komited, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.
6.Memastikan sekolah sentiasa peka dan
responsive kepada kehendak pelanggan iaitu murid, guru, masyarakat dan Negara.
7.Meningkatkan kegemilangan dan
martabat profesional keguruan.
8. Memastikan semua murid menguasai
Kemahiran 3M selepas 6 tahun di SK Nanga Stapang.
9. Memastikan bidang kurikulum dan
kokurikulum diseimbangkan untuk melahirkan pelajar yang berketrampilan
10. Memastikan kawasan persekitaran
sekolah sentiasa ceria dan dipertingkatkan untuk merangsang suasana pengajaran
dan pembelajaran yang kondusif
KAMI WARGA SK NANGA
STAPANG, KAPIT BERSEDIA DAN AKAN MENIMBANG APA JUA YANG DIKEMUKAKAN KEPADA
SEKOLAH BERKAITAN DENGAN PELAKSANAAN PIAGAM PELANGGAN INI.