Posted by : mzmj@stapang
Sunday, 22 February 2015
TARIKH: 12 JANUARI 2015
HARI: ISNIN
TEMPAT: DEWAN SERBAGUNA SK NG STAPANG
Program Amalan Guru Penyayang merupakan program hasil daripada hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia yang inginkan setiap guru mengamalkan budaya kasih sayang di sekolah. Antara objektif utamanya ialah menjiwai amalan penyayang sebagai budaya guru, menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah, menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah dan menghargai sumbangan murid, ibu-bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.
Dengan adanya program seperti ini, hasrat untuk membudayakan amalan guru penyayang di sekolah dapat disemai demi meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan negara. Secara tidak langsung juga program seumpama ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan di kalangan warga sekolah.