Archive for June 2015

Bentuk Soalan Bahasa Malaysia UPSR 2016

Saturday, 27 June 2015
Posted by mzmj@stapang
Tag :
Copy dari laman sesawang seorg guru...mgkn kita blh sama2 renungkan dan fikir2kan..
Bentuk Soalan Bahasa Malaysia UPSR 2016 
Alhamdulillah, petang tadi menghadiri mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Sekolah Rendah Daerah Hulu Selangor 2015. 
Perkongsian yang amat bermakna daripada seorang Guru Sumber Bahasa Melayu, yang juga telah dipanggil untuk menjadi pemeriksa kertas Ujian Rintis UPSR 2016. Beliau turut berkongsi dapatan yang diperolehi.
Katanya, Ujian Rintis Penulisan UPSR 2016telah dijalankan baru-baru ini. Bentuk atau gambaran soalan Bahasa Malaysia UPSR 2016yang dimaklumkan bahawa kertas ini mempunyai:
1. 4 bahagian yang wajib dijawab oleh calon. 
2. Tiada soalan pilihan 
3. Setiap soalan mempunyai pecahannya. 
4. Soalan pula berbentuk struktur dan penulisan yang disertai dengan bahan grafik. 

Soalan yang diajukan menjurus ke arahpenyoalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Soalan yang seperti digambarkan adalah:

Bahagian A



Diberikan bahan (grafik) lampu isyarat. 
1a. Senaraikan susunan warna lampu isyarat dengan betul.
b. Sekiranya seseorang penunggang motosikal meneruskan perjalanan ketika lampu merah apa yang akan berlaku?

Bahagian B



Bentuk Situasi
1a. Seseorang lelaki tiba-tiba sahaja meluru masuk ke dalam rumah. Apakah yang sepatutnya dilakukan oleh beliau sebelum masuk ke dalam rumah? (10markah)
*soalan ini dikatakan menjurus ke arah nilai murni.

Bahagian C 

Diberikan bahan grafik (Pencemaran Sungai)
1. Tuliskan sebuah karangan bagaimana hendak memelihara dan memulihara sungai daripada tercemar.


Bahagian D



Diberikan bahan grafik iklan jualan barang elektri (tulisannya pelbagai bahasa). 
*Pemilihan barang yang sesuai untuk satu-satu ruang 


Sekiranya format Bahasa Melayu UPSR sebelum-sebelum ini statik yang mana mempunyai Bahagian A (Bina Ayat), Bahagian B (Karangan) dan Bahagian C (Membina Ulasan-Nilai Murni), namun mulai UPSR 2016, format atau bentuk soalannya tidak sama setiap tahun.

Perkongsian ini sekadar pencerahan dan memberikan gambaran bentuk soalan Bahasa Malaysia UPSR 2016. Oleh itu, tidak bermakna format ini sudah ditetapkan, sebaliknya Lembaga Peperiksaan Malaysia masih tidak memuktamatkan bentuk dan masih dalam proses pembikinan. Dikatakan juga, Lembaga Peperiksaan Malaysia akan mengeluarkan buku contoh-contoh bentuk soalan KSSR yang menjurus ke arah UPSR 2016, pada tahun ini. Kita nantikan sahaja apa-apa perkembangan selanjutnya.




MAJLIS SAMBUTAN PRA GAWAI, HARI IBU, HARI GURU DAN HARI BAPA 2015

Wednesday, 3 June 2015
Posted by mzmj@stapang
Tag :

MAJLIS SAMBUTAN PRA GAWAI, HARI IBU, HARI GURU DAN HARI BAPA 2015


TARIKH: 23 MEI 2015
                                                           MASA: 7.30 PAGI
                                                      TEMPAT : SK NANGA STAPANG

Persediaan Sebelum Pra Gawai 


Sukaneka Guru dan PIBG

Malam Sambutan

'Segulai Sejalai Seati Sepenemu'  merupakan tema bagi Majlis Sambutan Pra Gawai pada tahun ini di Sk Ng Stapang. Setelah lama menyepi, sambutan ini kembali dianjurkan malah diserikan juga dengan Sambutan Hari Guru, Hari Ibu dan Hari Bapa.

          Pelbagai aktiviti yang menarik diadakan  bagi memeriahkan lagi sambutan. Antara aktiviti pada sebelah pagi dan petang ialah 'Nirika Ranyai', Upacara Miring, sukaneka, Perlawanan Persahabatan Bola Sepak

          Manakala aktiviti sebelah malam pula seperti Upacara Miring Lemai, Ikrar dan acara memotong kek, peyerahan kad ucapan, Pekit Kumang dan Pekit Keling, Persembahan Guru, Cabutan Bertuah dan Suara Emas dan Upacara Ngerebahka Ranyai.

          Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan sambutan ini. 
                                          
 Selamat HarI Gawai buat semua....   

Welcome to SEKENAS Blog
Selamat datang ke Portal Rasmi Sk Ng Stapang.... Kepada guru@staf yang ingin memasukkan bahan/artikel sila serahkan softcopy gambar beserta laporan ringkas kepada En Zaid....Tq :)

Guru dan Staf

KPM

EDUWEBTV

JPN SARAWAK

BTPN SARAWAK

Total Pageviews

Followers

Penafian

Pihak SK Ng Stapang adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Powered by Blogger.

- Copyright © 2015 PORTAL RASMI SK NANGA STAPANG -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -