Archive for February 2015
Taklimat Pelaksanaan Penataran PPPB
Friday, 27 February 2015
Posted by mzmj@stapang
Tag :
Pentadbiran
TARIKH: 24 FEBRUARI 2015
TEMPAT: DEWAN SERBAGUNA SK NG STAPANG
MASA: 7.30 MALAM
KEHADIRAN: SEMUA GURU
Pada 24 Februari 2015 (Selasa), Taklimat Pelaksanaan Penataran Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Guru dan Pemimpin Sekolah telah diadakan di Dewan Serbaguna Sekolah Kebangsaan Nanga Stapang. Tujuan taklimat ini adalah untuk memperkenalkan pelaksanaan PPPB serta meninggikan potensi guru-guru. Taklimat bermula pada pukul 7.30 malam.
Taklimat ini dipengerusikan oleh Tuan Guru Besar, En Boniface Bin Tikok dan dihadiri oleh Penolong Kanan, Penolong Kanan Kokurikulum dan semua guru. Beliau memberikan penjelasan yang teliti supaya guru-guru dapat memahami nilai profesionalisme dan kemahiran yang sepatutnya dimiliki oleh guru dan pemimpin sekolah.
TARIKH: 29 JANUARI 2015
TEMPAT: DEWAN SERBAGUNA SK NG STAPANG
MASA: 7.30 P.M
KEHADIRAN: SEMUA GURU
Khamis, 29 Januari 2015, satu taklimat kali pertama bagi tahun 2015 diadakan. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Penolong Kanan, En Busut Ak Sambang. Pelbagai perkara berkaiatan Program Pembelajaran Komuniti (PLC) telah dibincangkan.
Selamat maju jaya kepada semua guru SEKENAS. :)
TEMPAT: SK NG STAPANG
Rabu, 28 Januari 2015 satu lawatan pegawai-pegawai PPD Kapit ke Sekolah Kebangsaan Nanga Stapang telah dilakukan. Pegawai-pegawai tersebut telah berada di sekolah ini selama dua hari. Pelbagai perkongsian dan input yang berguna telah diberikan oleh pegawai-pegawai yang terlibat.
TARIKH: 12 JANUARI 2015
HARI: ISNIN
TEMPAT: DEWAN SERBAGUNA SK NG STAPANG
Program Amalan Guru Penyayang merupakan program hasil daripada hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia yang inginkan setiap guru mengamalkan budaya kasih sayang di sekolah. Antara objektif utamanya ialah menjiwai amalan penyayang sebagai budaya guru, menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah, menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah dan menghargai sumbangan murid, ibu-bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.
Dengan adanya program seperti ini, hasrat untuk membudayakan amalan guru penyayang di sekolah dapat disemai demi meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan negara. Secara tidak langsung juga program seumpama ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan di kalangan warga sekolah.PELANTIKAN PENGAWAS DAN PUSTAKAWAN SESI 2015
Saturday, 21 February 2015
Posted by mzmj@stapang
Tag :
Hal Ehwal Murid
MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS DAN PUSTAKAWAN SESI 2015
TARIKH: 19 JANUARI 2015
MASA: 7.00 PAGI
TEMPAT: DEWAN SERBAGUNA SK NG STAPANG
Isnin,19Januari 2015, berlangsungnya majlis pelantikan pengawas dan pustakawan sekolah bagi sesi 2015 dengan rasminya disempurnakan oleh En Boniface Bin Tikok selaku Guru Besar SKNS.
Tahniah kepada semua pengawas sekolah dan ahli pustakawan sekolah yang telah dilantik.Semoga dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan telus.
ORGANISASI PENTADBIRAN SK NANGA STAPANG
Sunday, 15 February 2015
Posted by mzmj@stapang
Tag :
Carta Organisasi
SEJARAH RINGKAS SEKOLAH
NAMA SEKOLAH:
Sekolah ini diberi nama SK Nanga Stapang adalah kerana kebetulan
tidak jauh dari lokasi sekolah itu terdapat sebatang sungai yang dinamakan
Sungai Stapang.
AWAL PEMBUKAAN SEKOLAH (1963 – 1984)
Hasrat pembinaan sekolah ini dibuat pada tahun 1963. Pembinaanya telah
dimulakan oleh masyarakat setempat yang dipimpin oleh penghulu Gerinang dan
diteruskan oleh anaknya Penghulu Kumbong anak Penghulu Gerinang. Sokongan padu
dan keinginan penduduk setempat telah menjayakan pembinaan sekolah ini. Tapak
pembinaan sekolah ini adalah sumbangan ikhlas Penghulu Gerinang seluas 3 acre.
Pembinaan dan bahan-bahan yang digunakan adalah secara gotong-royong dan
sumbangan masyarakat setempat. Namun begitu, sumbangan daripada pihak kerajaan
tetap ada.
|
Dewan Sekolah |
Gelanggang Bola Jaring |
|
Sekolah ini mula beroperasi pada
tahun 1965. Guru Besar pada masa itu ialah Encik Ramba yang berkhidmat dari
tahun 1965 hingga 1967. Pada awal pembukaan sekolah ini banyak kesulitan yang
dihadapi oleh pihak sekolah. Dari awal pembukaan sehingga tahun 1968 para
pelajar masih membawa beras sendiri, membawa kayu api untuk memasak. Namun
pelajar-pelajar pada masa itu tetap gigih untuk ke sekolah.
Tahun 1984 cadangan
memohon bangunan baru sekolah ini telah diuruskan oleh Encik James Anin,
Pegawai Pembangunan di Pejabat Pendidikan Kapit. Bermula tahun 1985 hingga
1986, sekolah ini mula dibina. Bangunan yang baru ini siap dan digunakan
sepenuhnya pada tahun1987.
Pembinaan bagunan baru ini dibiayai oleh Bank Dunia. Dari semasa ke
semasa hingga sekarang banyak perubahan
telah berlaku. Banyak kemudahan telah diberikan oleh kerajaan untuk keselesaan
guru dan para pelajar.
SENARAI GURU BESAR YANG BERKHIDMAT DARI TAHUN 1965
HINGGA SEKARANG
BIL.
|
NAMA GURU BESAR
|
TAHUN BERKHIDMAT
|
1.
|
Encik Ramba
|
1965 – 1967
|
2.
|
Encik Augustine Bagat
|
1967 – 1969
|
3.
|
Encik Jarau Ingan
|
1969 – 1971
|
4.
|
Encik William Tandang
|
1971 – 1973
|
5.
|
Encik Nguang Sii Khing
|
1973 – 1981
|
6.
|
Encik John Lang
|
1982 – 1987
|
7.
|
Encik Edward Subang
|
1987 – 1994
|
8.
|
Encik Kasol Engkabi
|
1994 – 1998
|
9.
|
Encik Haziq Azizi
|
1998 – 2002
|
10.
|
Encik Ahba bin Ahmad
|
2003
|
11.
|
Encik Boniface bin Tikok
|
2004 hingga sekarang
|
LOKASI
SEKOLAH
Sekolah Rendah Kerajaan Nanga Stapang, Kapit terletak kira-kira dua
jam perjalanan menggunakan bot express dari Bandar Kapit. Selepas itu
perjalanan disambung menggunakan perahu panjang yang memakan masa selama satu
jam dari Nanga Gaat ke sekolah. Sekolah ini merupakan sekolah yang terpencil di
kawasan pendalaman dan penduduk adalah kaum Iban.
LATAR BELAKANG IBU BAPA, KOMUNITI DAN KEADAAN PERSEKITARAN LUAR SEKOLAH
Dari segi komuniti, majority masyarakat di sini adalah berbangsa
Iban dan tinggal di rumah panjang.. Terdapat 6 buah rumah panjang kesemuanya.
Peredaran masa menyebabkan berlakunya perkahwinan campur dengan bangsa-bangsa
lain seperti Kayan, Kenyah, Melayu, Melanau dan Cina dan ini telah menyebabkan
lahirnya masyarakat majmuk yang mengamalkan pelbagai agama dan kepercayaan.
Kebanyakkan daripada ibu bapa di sini bekerja sebagai petani
manakala bagi mereka yang lebih berpelajaran dan mempunyai kemahiran-kemahiran
tertentu berhijirah ke bandar untuk mencari pekerjaan dan ramai pula di
kalangan ibu bapa adalah pekerja di kem pembalakan.
Rumah Panjang sekitar SK NG Stapang:
•RUMAH SAID
•RUMAH SUGIT
•RUMAH JEGAI
•RUMAH KUPA
•RUMAH MELINTANG
•RUMAH BAWING
RUMAH PANJANG YANG
MENGHANTAR MURID KE SK NANGA STAPANG
Ibu bapa pelajar juga telah menjadi ahli Persatuan Ibu bapa dan Guru
(PIBG) di sekolah ini. Mereka telah mengetahui peranan mereka kepada sekolah
dan telah memberi banyak sumbangan melalui pembinaan pondok-pondok rehat
pelajar yang diagih mengikut mata pelajaran teras. Di samping itu mereka juga
menyediakan bahan/kayu untuk pembinaan pagar hiasan dan kerja gotong royong
membersihkan kawasan sekolah.
Persekitaran sekolah pula dari segi geografi adalah terpencil dan
terletak jauh di pendalaman. Ia hanya dapat dihubungi melalui jalan air dan
menggunakan perahu bermotor.
Dari segi kemudahan pula, hanya terdapat sebuah klinik yang terletak
di Nanga Gaat yang disediakan oleh pihak kerajaan yang mengambil masa lima
puluh minit perjalanan dari sekolah menggunakan perahu bermotor.